Kenali...

Pusat Pendidikan Hidayah

Berilmu, Beramal, Memimpin

Guru-Guru Kami

Dalam mendidik anak-anak, kami sangat memberikan penekanan terhadap guru yang berwibawa dan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak

Kemahiran

Guru-guru kami sentiasa diberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru mendidik.

Qudwah

Guru adalah sebagai contoh teladan kepada murid dalam akhlak dan tindakan.

Berkorban

Guru-guru kami sedia berkhidmat untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam urusan akademik, pembinaan sahsiah dan soft skills.

Murid Kami

Ciri-ciri graduan sistem pendidikan Hidayah

Berilmu

Mempunyai keluasan ilmu dan ketajaman akal fikiran. Mampu untuk menilai kebaikan dan keburukan dan tidak menerima tanpa menilai.

Beramal

Menterjemahkan ilmu di dada kepada amal soleh untuk diri di dunia dan di akhirat. Memberikan manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Memimpin

Bukan hanya baik untuk diri sendiri, tetapi menyebarkan kebaikan dan mengajak orang lain kepadanya. Tidak takut untuk menegur sesuatu yang silap tetapi melakukannya dengan penuh hikmah.

Aktiviti Murid

...bukan hanya akademik, tetapi meliputi pembinaan sahsiah mulia dan pengasahan bakat terpendam

Bagaimana kami mendekati pendidikan anak-anak?

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan As-sunnah malalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan

Apakah hasil yang dikehendaki daripada proses pendidikan di Hidayah?

Untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawabsebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Pusat Pendidikan Hidayah pada masa hadapan

Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang rahmah dan berprestasi tinggi.

Apakah yang kami buat bagi memberikan nilai yang terbaik kepada pemegang taruh?

Menerajui sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan Rabbani yang mampu memimpin dan membawa rahmah kepada masyarakat.

Apa kata mereka tentang pendidikan di Hidayah?

Daftar Anak Anda?

Berminat dengan nilai-nilai yang kami bawa? Mari sertai kami dalam komuniti Hidayah.