Kenangan sepintas lalu Pusat Pendidikan Hidayah, Johor Bharu. Dari 1989 hingga kini…
Pada tahun ke-2, pelajarnya telah meningkat kepada 65 dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke tempat lain di sebuah rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor.
Pada tahun ke-3 beroperasi (1991) SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor. Tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang.
Sejak berpindah ke tapak tetapnya, SRIH semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa mendapat pendidikan anak-anak bukan sahaja di Johor Bahru, malah juga antarabangsa.
Kejayaan Hidayah banyak dibantu oleh ibu-bapa yg komited membantu sekolah. Berbagai bidang kepakaran dan latarbelakang ibu bapa bersama-sama mengembling tenaga membantu Hidayah.
Wajah-wajah bersih anak-anak di hari pertama menjadi warga Hidayah. Siapa sangka mereka bakal melakar kegemilangan bersama Hidayah?
Belajar dalam suasana tenang dan selesa. Persekitaran bersih, kemas dan nyaman sentiasa ditingkatkan di Hidayah.
Pelajar juga diberi peluang meningkatkan keyakinan diri. Mereka digalakan menganjurkan program besar. Malam Galaksi Hidayah 2007 dianjurkan untuk mengutip tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz. Majlis ini berjaya mengutip lebih RM 150,000.00. Kutipan derma ini dibuat untuk mengisi tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz Sekolah Islam Hidayah.
Di Hidayah, pelajar dilatih bekerjasama dan saling membantu dalam suasana mesra dan ikhlas.
Menghasilkan individu yang bersemangat perlu melalui berbagai proses pentarbiyahan. Antaranya pelajar diwajibkan mengikuti Mukhayyam (perkhemahan) setiap tahun bermula dari Tahun 4 SRIH sehinggalah ke Tingkatan 5 SMIH. Mereka dilatih untuk sentiasa mengabdi diri kepada Allah walau di mana dan bagaimana sekali pun keadaan mereka.
Pelajar dilatih melalui cabaran bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi dugaan hidup.
Laporan prestasi keputusan PMR 1998 di seluruh negara. Diharapkan Hidayah mempu mengubah tanggapan negaitif terhadap sekolah Islam. Malah, Hidayah akan menjadi sekolah contoh baik yang diikuti.
Hidayah mengukir sejarah kejayaan apabila pelajar SMIH Muhammad Anas Mohamad Ghazali cemerlang dengan 12 1A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dlm SPM 2005. Anas kini mengikuti kursus perubataan di Mesir dengan tajaan JPA, Abdul Rasyid mengikuti kursus perubatan di Ireland tajaan MARA, Fahim pula mengikuti kursus Perakaunan di UiTM Shah Alam.
Hidayah meneruskan pencapaian cemerlangnya seperti yang diipta sebelum ini apabila 4 orang pelajarnya berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2006. Huzaifah (9 1A, 3 2A), Asyraf (10 1A, 2 2A), Muhammad Siddiq (12 1A), Azma’ (9 1A, 3 2A). Utusan Malaysia, 15 Mac 2007. Huzaifah dan Muhammad Siddiq kini membuat kursus perubatan di Mesir dengan tajaan JPA. Asyraf pula mengikuti kursus Sains Aktuari. Sementara Asma’ mengikuti kursus pergigian.
Di Hidayah, anak-anak ditarbiyah untuk sanggup memikul cabaran. Mereka sentiasa diberi peluang menyerlahkan potensi. Dengan izzah yang tinggi mereka sedia berdepan dengan mereka yang telah ternama.
SMIH juara MSSD Johor Bahru 2010 dengan kemenangan 2-0 ke atas Sekolah Menengah Teknik JB. Syabas & tahniah.
Sekolah Islam Hidayah juga mula terkenal di persada antara bangsa. Pada 24 Okt 2008 sekumpulan 82 orang pelajar dari Sekolah SUMA GAKUEN, JEPUN telah melawat Sekolah Islam Hidayah bersama 7 orang pengiring. Majlis sambutan dibuat bermula 8 pagi hingga 12 tengahari. Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing.
Pada 15 Ogos 2009, SMIH dan SRIH telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan SKIPS (Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Bahagian Pendidikan Swasta. Majlis penyerahan telah dilakukan di Putrajaya. Pengetua SMIH, Puan Kamaliah Nordin, telah mewakili kedua-dua sekolah untuk menerima anugerah tersebut. Kedua-dua sekolah telah di anugerahkan 4 bintang (maksimum 5 bintang) . SMIH hilang markah dalam aspek prasarana (tandas tidak cukup, dan lain-lain kemudahan)
SRIH juga juga mendapat pengiktirafan 4 bintang dari maksimum 5 bintang. Gagal mencapai 5 bintang disebabkan kita kekurangan pasukan beruniform. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mensyaratkan sekurang-kurangnya 2 pasukan beruniform.
Walau bagaimanapun, alhamdulillah kita telah dikalsifikasikan sebagai sekolah gred A dari sudut kualiti keseluruhan.
Terima kasih, jazakallu khairan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan bantuan serta sokongan kepada sekolah sehingga kita dapat mencapai prestasi kita sekarang. Sama-samalah kita meningkatkan lagi semua aspek di sekolah kita ini di masa akan datang.