Dana Hidayah ialah satu tabung khas yang diwujudkan oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) untuk menampung perbelanjaan pembangunan fizikal sekolah.

1) Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) 

2) Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)

Semua sumbangan yang disalurkan ke tabung dana ini akan dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan sekolah, terutamanya pembinaan bangunan baru untuk menaiktaraf kelas, bilik guru, surau, makmal, perpustakaan dan sebagainya.

Jom bersama kita menyumbang untuk saham akhirat. 

 

Mudah-mudahan dengan sedekah jariah yang tuan/puan laburkan hari ini, ganjaran pahalanya berterusan. 

 

Jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menderma untuk Dana Hidayah. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik tuan/puan. 

“Barangsiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun juga. (Hadis riwayat Muslim no. 2674)

INFAQ HIDAYAH JOHOR BAHRU

Mari Menderma

INFAQ PEMBINAAN BLOK TAHFIZ
JOHOR BAHRU

Lokasi tapak cadangan ialah di kawasan berhampiran padang sekolah, bersebelahan dengan makmal RBT SMIH & juga bangunan asrama Banin.

PERKEMBANGAN TERBAHARU:

Cadangan kedudukan Blok Tahfiz Johor Bahru yang terkini

Berlaku pertukaran tapak dimana blok tahfiz yang dicadangkan akan dipindahkan ke tapak antara asrama Banin dan Bengkel SMIH. Kedudukan terbaharu adalah seperti didalam gambar yang disertakan kerana ada hamba Allah yang bermurah hati untuk taja blok asrama Banat menggunakan kontena. Semoga amalnya diterima Allah dan dilapangkan lagi rezeki buatnya.

Ia terdiri daripada 2 blok untuk menempatkan 20 kelas bagi semua pelajar aliran Tahfiz yang menelan belanja sekitar RM 3.4 juta. 

Sumbangan daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk menyiapkan pembinaan Blok Tahfiz ini secepat mungkin bagi kegunaan semua para pelajar aliran Tahfiz.

INFAQ HIDAYAH BATU PAHAT

Mari Menderma

INFAQ BANGUNAN BARU
HIDAYAH BATU PAHAT

PERKEMBANGAN TERBAHARU :

Perkembangan terbaharu di tapak projek pembinaan blok Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat
Perkembangan terbaharu di tapak projek pembinaan blok Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat
Perkembangan terbaharu di tapak projek pembinaan blok Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat