SRIHJB : TEMPAT KELIMA PERTANDINGAN BERCERITA SAINS FLORA DAN FAUNA.

Assalamualaikum wbth. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Syuhada bt Zulkifli dari Tahun 5 ABS kerana telah berjaya meraih tempat kelima dalam Pertandingan Bercerita Sains Flora dan Fauna anjuran pihak Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Untuk makluman, pertandingan ini telah diadakan pada bulan Julai yang lalu secara dalam talian […]

SRIHJB : SESI GURU BESAR SRIH BERSAMA MURID-MURID

Bersyukur, SMC + R dan Jaga Keselamatan Diri dan Rakan. Itulah tiga perkara yang ditekankan oleh Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan dalam sesi taklimat bersama murid-murid SRIH. Sesi taklimat ini telah diadakan pada 27/9/2020 sehingga 1/10/2020 bagi murid-murid tahun 3-6 manakala murid tahun 2 pula pada 12/10/2020- 14/10/2020. Bagi murid-murid tahun 1, pengisian ini dilakukan […]

SRIHJB : PELANCARAN KEMPEN PERKASA LISAN SEJAHTERA

Unit Tarbiah Guru telah melancarkan Kempen Perkasa Lisan Sejahtera dalam kalangan warga pendidik SRIH pada Selasa 29 September jam 3.15 petang. Kempen ini bertujuan menimbulkan kepekaan terhadap pembinaan biah solehah di sekolah dan memperkasa pertuturan yang baik untuk dicontohi oleh murid. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen dua bulan ini adalah Infaq Mahabbah, Kenali Guru, […]

SRIHJB : DAURAH KEPIMPINAN (PENGAWAS)

Alhamdulillah telah berlangsung secara atas talian(google meet) Daurah Kepimpinan Pengawas SRIH JB pada 1/10/2020 (8.45-9.45 malam) bersamaan hari Khamis. Daurah telah disampaikan oleh ustaz Ikrimah bin Abdul Haris yang juga merupakan salah seorang guru di SRIH JB. Syukur kepada Allah atas ruang dan peluang menambah ilmu. Semoga barisan kepimpinan murid SRIH JB semakin mantap sebagai […]

SRIHJB : PENCAPAIAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2020.

🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆 PENCAPAIAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2020. SRIHJB telah menghantar seramai 6 orang murid untuk menyertai Pertandingan Video Pendek 2020 anjuran Unit Kokurikulum Ikram Musleh. PENCAPAIAN JOHAN Masakan Kreatif Aulad JOHAN Tilawah Al-Quran Banat TEMPAT KE-3Tilawah Al-Quran Aulad. Penyertaan seperti berikut: Tilawah AuladDhiya Umari Bin Abdullah Zuhrim Tilawah BanatNurin Insyirah Binti Ibrahim Bercerita AuladRizq […]

SRIHJB: SUMBANGAN PELITUP MUKA YPH UNTUK GURU-GURU SRIH

Alhamdulillah SRIH telah dikunjungi oleh Yayasan Pendidikan Hidayah(YPH) pada jam 2.45 petang Selasa 29 September 2020 bagi menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada semua guru dalam Majlis Taklimat Guru . Puan Guru Besar telah berucap mengalu-alukan kunjungan dan sumbangan tersebut di samping menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh YPH dalam memartabatkan pendidikan Islam yang holistik. Pasukan YPH […]

SRIHJB : PROGRAM CALON-CALON SPPIM BERSAMA GURU BESAR: MENUJU KECEMERLANGAN SPPIM 2020

Tarikh. : 28 September 2020Hari. : IsninMasa. : 8.30am- 9.30amKehadiran: 180 orang murid Objektif: Mendapatkan panduan bagaimana menjadi murid yang soleh,musleh,cemerlang dan rahmah. Mendapatkan panduan bagaimana menjadi murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri. 3 pesanan yang diberikan oleh guru besar ialah: Bersyukur kepada Allah + Berterima kasih kepada ibu bapa + berterima kasih […]

SRIHJB : Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan Kepada MyCare (Ikram Musleh)

Majlis penyampaian sumbangan kemanusiaan daripada warga Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru kepada pihak MyCare menerusi Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH telah diadakan pada Ahad 27 September 2020. Majlis telah menyaksikan penyerahan replika cek daripada ketua pelajar kepada Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh yang turut disaksikan oleh guru besar SRIH, Ustazah Rohaida Ridzwan, barisan jawatankuasa pengurusan […]

SRIHJB : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM IHYA RAMADHAN

Pada 17 September 2020, telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program Ihya Ramadhan di Dewan Seminar PPD Johor Bahru, Program ini diadakan pada bulan Mei di atas talian yang dianjurkan oleh PPD Johor Bahru bahagian Pendidikan Islam. Pihak Sekolah mengucapkan tahniah kepada murid yang menerima anugerah tersebut : Dhiya Umari bin Abdullah Zuhrimdalam kategori Imam […]

SRIHJB: Laporan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sek Ren Islam Hidayah Berhad

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berlangsung dengan lancar pada 7 September 2020. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhamad Razif bin Ramli bermula pada jam 2.30 sehingga jam 4.15 petang. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah Ustaz Mohd Jelani bin Ramly dan Wakil Suruhanjaya Koperasi Wilayah Johor Bahru […]