Malam Badar Maya (MBM)

Matlamat

Mengajak seramai mungkin warga Muslimin turut meraikan Malam Badar.

Penerangan

Tahun demi tahun Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) melaksanakan acara Malam Badar pada bulan Ramadhan sebagai meraikan acara ibadah besar-besaran serta menggalakkan infaq dalam bulan yang mana satu pemberian digandakan 70 kali ganda.

Pada tahun ini sempena PKP, PPH merancang untuk melaksanakan Malam Badar secara maya.

Pada malam yang dirancang ini, PPH menggalakkan kita sama-sama berpesta ibadah pada malam tersebut dengan amal berikut:

  1. Berdoa sebelum berbuka dengan doa-doa mohon ampun dan maaf.
  2. Berbuka dengan sekadarnya.
  3. Tilawah Quran selepas berbuka.
  4. Bersolat isya’ berjamaah.
  5. Bersolat tarawih setelah itu dengan sekurang-kurangnya setengah muka bacaan Quran setiap rakaat.
  6. Tidak lupa untuk memberikan infaq pada malam tersebut kepada tabung Dana Hidayah.

Ringkasan

Mula

08/05/2020 7:00 pm

Tamat

08/05/2020 7:00 pm

Sasaran

Seramai mungkin komuniti Hidayah