SMIHJB: Idad Duat (Siri 5) “Himmah ‘Aliyah” Batch Zenith22

Sabtu, 12 Disember 2020| Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.

   Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Idad Duat (Siri 5) pada hari Sabtu, 12 Disember bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 pagi secara atas talian menggunakan medium google meet.

Program : Idad Duat (Siri 5) Tingkatan 5
Tarikh : 12 Disember 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Medium : Google Meet
Peserta : 49/67 orang(27 Banin, 22 Banat).
Guru : 5 orang

   Program ini telah disertai oleh 49 orang murid daripada Tingkatan 5. Seramai 18 orang murid tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah. Penyampaian yang bertajuk “Himmah ‘Aliyah” pada sesi ke 5 program Idad Duat ini disampaikan oleh Akhi Abdul Majeed Bin Zulkipli.

   Akhi Abdul Majeed Bin Zulkipli merupakan pengerusi JawatanKuasa Tarbiah dan Modal Insan IKRAM Sri Gading. Sekarang beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Batu Pahat. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Psikologi Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau terlibat dalam dakwah dan tarbiyah sejak tahun 2004 semasa menuntut di UTHM.

   Semoga para murid beroleh ilmu yang bermanfaat dan kefahaman yang jelas akan kepentingan himmah ‘aliyah serta dijelmakan dengan amal seiring dengan perubahan situasi dan keadaan. In syaa Allah. Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program idad duat siri 5 terutama kepada penceramah Akhi Abdul Majeed Bin Zulkifli, Puan Pengetua, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid, Guru Penyelaras Tingkatan 5, para ibu bapa, dan semua peserta Idad Duat Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.

Ustazah Nurul Liyana Binti Baharuddin
B/p : Penyelaras Tarbiah Tingkatan5

#Zenith22 #SmihMemimpin #berilmuberamalmemimpin

     

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda