Pemeriksaan Kesihatan sempena Aktiviti Sains dan Kesihatan

Sempena dengan aktiviti Sains dan Kesihatan pada 28 April 2019, dengan sukacitanya pihak penganjur ingin mengalu-alukan ibubapa semua ke makmal biologi untuk pemeriksaan kesihatan. Bagi pelajar yang ingin membuat ujian darah perlu membawa bersama surat kebenaran ibubapa dan bagi yang tiada surat ibubapa boleh WhatsApp Ustazah Rosmawati Ahmad ( 0137013006) untuk keizinan.

Hari Kemuncak SMAT-V SMIH JB

Hari Kemuncak SMAT-V anjuran Bidang Teknik dan Vokasional serta Bidang Matematik dan Sains Sekolah Menengah Islam Hidayah akan diadakan pada hari Ahad, 28 April 2019 dari jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang. Semua Ibubapa/penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan/ menyokong/ menonton pertandingan yang dianjurkan sekitar 9.30 pagi-12.30 tengah hari.