Muhammad Akid Bazli Cemerlang di Peringkat Antarabangsa


Pada 9 hingga 11 Februari 2018 yang lepas, Sekolah Islam Hidayah telah menyertai Kejohanan Memanah PDAC Open di SMK Kampung Baru Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Ini merupakan kejohanan peringkat antarabangsa.

Jumlah peserta yang menyertai kejohanan ini adalah seramai 384 orang.

Muhammad Akid Bazli bin Ezaidin, 12, dari Tahun 6 Abdul Rahman Auf SRIH telah berjaya memenangi Tempat ke-3 dalam Kategori Individu Keseluruhan L12 Tahun dan juga menjadi Johan dalam Kategori Berpasukan Keseluruhan L12 Tahun (bergabung dengan Kelab JSAC).

Berikut merupakan senarai nama-nama peserta dari SRIH yang turut mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut:

1) Khadijah Afifah binti Ahmad Wafi (Tahun 5)
2) Sarah Aqilah binti Nor Azam Shah (Tahun 5)
3) Aleeya Adlynn binti Ezaidin (Tahun 4)

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda