Pasukan Robotik Hidayah Cemerlang di Liga Robotik iCare UTM-KEJORA Peringkat Negeri Johor

Pada 22 Mei – 23 Mei 2017 Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menyertai LIGA ROBOTIK iCARE UTM-KEJORA PERINGKAT NEGERI JOHOR. Program ini adalah anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dengan kerjasama kumpulan penyelidik Icare. Pasukan Robotik SMI Hidayah menyertai kedua […]

Pelajar SMIH Johan Hackathon 2017

Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru, Muhammad Firdaus Ali (dua dari kiri) bersama kumpulannya telah dinobatkan sebagai Johan Hackaton 2017 peringkat Terbuka anjuran Persatuan Aspirasi Pemimpin Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan MaGIC di peringkat kebangsaan, bertempat di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre, Cyberjaya yang telah berlangsung pada 21-22 Mei 2017 lepas.