Kenaikan Yuran Sesi 2014

Semoga tuan/puan di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan dan sumbangan tuan/puan terhadap sekolah ini, kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai aspek telah melonjakkan Hidayah ke mercu kegemilangan sehingga ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Pihak sekolah sentiasa ingin memastikan sekolah ditadbir urus sebaik mungkin, walaubagaimanapun Sekolah Hidayah tidak terlepas dari berdepan dengan cabaran kewangan, kenaikan harga barang kesan dari kenaikan minyak turut dirasakan. Kebajikan guru-guru dan kakitangan yang sewajarnya perlu dipastikan agar mereka boleh memberi fokus kepada tugas mereka tanpa dibebani dengan masalah sara hidup.

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajara Malaysia, pihak sekolah dengan ini memberi notis 3 bulan awal kepada ibubapa/penjaga tentang kenaikan yuran bermula Januari 2014. Perinciannya akan dimaklumkan kemudian sebelum pendaftaran sesi 2014.

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran hendaklah menjelaskannya sebelum pendaftaran sesi 2014. Pendaftaran sesi 2014 hanya diterima sekiranya tiada tunggakan yuran.

Pihak sekolah memahami kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan dan keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat demi masa depan anak-anak serta kebajikan guru-guru dan kakitangan sekolah kita. Semoga pengorbanan ini dilihat sebagai jihad kita dalam pendidikan anak-anak dan kita berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai saham kita untuk hari kemudian nanti.

Sekian, jazakumullahu khairan kathira dan terima kasih.

MOHD JELANI RAMLY
Ketua Eksekutif
Pusat Pendidikan Hidayah


Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *